http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
AKTIVITI
PETA LAMAN
MAKLUMBALAS
AJK LAMAN WEB
ALUMNI ASPer
CAPAIAN PANTAS
     
Bahagian depan ASPer Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) ditubuhkan pada 1 Jun 2005 bagi melaksanakan Program Asasi Sains Pertanian untuk melahirkan pelajar cemerlang, yang mempunyai asas dan minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan agro-bio, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Melalui program ini, UPM beriltizam untuk menghasilkan pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di peringkat ijazah, yang seterusnya mampu menjadi graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju dalam bidang pertanian dan agro-bio bagi menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara.
 
VISI
Menjadi Pusat Kecemerlangan Program Asasi Sains Pertanian yang terkemuka di Malaysia.

MISI
Menjadi pusat pengajian ilmu asasi sains dan pertanian bagi menyumbang kepada peningkatan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian pertanian yang terkemuka.
 
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang cemerlang, dan mempunyai asas dan minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan agro-bio, yang seterusnya mampu mengekalkan kecemerlangannya di peringkat ijazah, bagi menyokong matlamat UPM untuk menghasilakn graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju dalam bidang pertanian dan agro-bio.
Bahagian belakang ASPer
Kemaskini :  30-03-2008
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.