| PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kursus Etika dan Pemantapan Staf

Ringkasan Artikel

Kursus Etika dan Penampilan Staf mampu beri keyakinan kepada pegawai dalam menjalankan tugas seharian .

Kursus Etika dan Penampilan Staf telah berlangsung pada 27 Oktober 2017. Kursus ini terbuka kepada semua staf pelaksana dan staf akademik PASP. Antara objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf tentang etika semasa bertugas yang melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik untuk diamalkan bagi melambangkan keunggulan reputasi sesebuah organisasi.

Imej diri dan penampilan yang menarik bukan sahaja mewakili kredibiliti diri malah turut meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dalam melaksanakan tugas-tugas harian.

Selain itu, kursus ini juga dapat memberi input positif kepada peserta dalam menimba pengetahuan tentang etika pelaksanaan majlis rasmi. Peserta berpeluang menimba pengalaman secara langsung daripada penceramah tentang aspek-aspek protokol yang menjadi kod amalan untuk majlis-majlis rasmi peringkat jabatan mahupun kebangsaan.

Penceramah jemputan untuk kursus ini ialah En. Muhammad Zul Husni bin Munir, Timbalan Pendaftar Unit Pengurusan Kualiti dan Majlis, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

SXDdXAZ~