| PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Ribut Petir. Adakah ia selamat?

Ringkasan Artikel

Aspek keselamatan perlu kita ketahui bagi mengelakan kemalangan tidak berbau ketika kejadian petir. Penggunaan telefon bimbit yang sedang di cas ketika petir..

Kita sering mendengar beberapa kejadian telah dilaporkan di dada akhbar dengan kejadian disambar petir yang disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit semasa petir. Adakah benar penggunaan alat ini merbahaya?, sebenarnya kemalangan disebabkan petir ini sebenarnya boleh berlaku bukan sahaja di luar rumah malah di dalam rumah juga dianggap tidak selamat untuk menggunakan telefon bimbit.

Petikan Utusan Online

Pada dasarnya, telefon bimbit mempunyai kuasa yang rendah dan selamat digunakan. Risiko untuk menjadi objek sasaran penahan petir adalah rendah. Petir biasanya menyambar objek yang tinggi seperti pokok. Kalau kita perhatikan di dalam kampus UPM, banyak kejadian pokok tumbang dan dahan yang patah akibat disambar petir semasa ribut berlaku. Kebanyakan kemalangan atau kematian yang berlaku disebabkan oleh petir itu sendiri, contohnya, berada dibawah pokok yang disambar petir. Jika tiada objek yang lebih seperti di kawasan terbuka, petir akan menyambar objek yang lebih tinggi daripada tanah. Jadi risiko dipanah petir amat besar jika seseorang melalui kawasan terbuka. Mungkin Secara kebetulan berlaku panahan petir pada seseorang yang sedang menggunakan telefon bimbit yang melalui kawasan terbuka serta mengakibatkan kematian.

Sekiranya petir menyambar kawasan berhampiran dengan kabel pendawaian elektrik atau telefon, ia boleh menyebabkan kabel terbakar atau meletup seterusnya memberi kesan aliran cas yang berlebihan kepada rumah yang berhampiran. Jika terdapat plug yang masih aktif, pada ketika ini lah alat-alat terbakar. jika ada pula yang sedang menggunakan alatat tersebut seperti menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, menggunakan telefon kabel dan alatan elektrik lain, pada ketika ini lah renjatan elektrik boleh berlaku dan berkemungkinan mengakibatkan kematian berpunca daripada kabel elektrik atau telefon.

Petikan gambar Berita Harian

Kesimpulan yang boleh kita dapat adalah, sekiranya petir berlaku semasa kita berada di luar bangunan, cepat-cepatlah kita mencari kawasan perlindungan yang tertutup seperti bangunan dan kereta. Elakan mencari perlindungan di bawah pokok dan kawasan yang berhampiran dengan kawasan aliran cas seperti tiang elektrik dan telefon. Kawasan kolam dan objek besi juga mesti dielakan. Jika kita berada dirumah, diingatkan agar tidak menggunakan alatan elektrik dan telefon bimbit yang sedang dicas semasa petir. Bertindaklah dengan mencabut plug alat elektrik dengan segera sekiranya tanda-tanda petir akan berlaku. Jika petir sudah berlaku, terdapat risiko pula semasa menarik alatan tersebut. Jagalah diri kita dengan membuat tindakan yang betul.

Disediakan Oleh,

Puan Nor Azah Abdul Aziz (Unit Fizik PASP)

 

 

 

SXDdUAx~