Prepare for Your Future

Asasi Education Fair 2018 bakal menemui anda pada 7 Mac 2018. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk memberikan maklumat lengkap, tepat dan secara langsung daripada pihak yang menawarkan program pengajian.

Semua fakulti dan Pusat Asasi Sains Pertanian yang menawarkan program pengajian di UPM akan turut serta membuka booth pameran pendidikan. Selain mendapat maklumat anda juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor UPM tentang pemilihan program.

Selain itu bagi pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi yang sedang mencari peluang untuk melanjutkan pengajian kami amat mengalu-alu kan kehadiran anda.