Program Asasi Sains Pertanian adalah satu program pra-ijazah yang sangat unik kerana ia adalah satu-satunya Program Asasi Sains Pertanian yang terdapat di Malaysia. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan ilmu asas sains dan pertanian sebagai persediaan kepada pelajar terbabit sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang pertanian dan agro-bio. Graduan Program Asasi Sains Pertanian ini juga adalah DIJAMIN untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.