| CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Syoknya Agro Siri 3

Program Syoknya Agro Siri 3

Syoknya Agro merupakan satu program khas yang dirancang bagi memupuk semangat kerja berpasukan, semangat tolong menolong, setia kawan serta memperkenalkan bidang Agro-bio kepada semua pelajar Asasi Sains Pertanian.

Programini antara lain untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teori dan praktikal bidang pertanian. selain pendedahan tentang pertanian ia juga memuatkan pelbagai aktiviti berbentuk pembinaan sahsiah, motivasi serta kemahiran berfikir secara kreatif.

Penuh dengan pelbagai aktiviti menyeronokan seperti flying fox, Jungle traking, trasure hunt, Agro business dan tidak ketinggalan juga beberapa permainan seperti bola sepak sawah dan kayak juga turut diselitkan di dalam aktiviti ini. Unsur survival juga banyak diterapkan didalam aktiviti yang dilaksanakan ini.

Program ini menjadi acara wajib kepada semua pelajar ASPer kerana di sini lah mereka dilatih untuk lebih berfikiran terbuka, kreatif dan berkeyakinan diri. Ia dapat dilihat dengan penampilan pelajar lepasan ASPer di peringkat ijazah. Mereka boleh menjadi sumber rujukan, pemimpin rakan sebaya dan majlis tertinggi mahasiswa dan banyak lagi. 

 

 

 

SXDdXAc~