| • CAPAIAN KHUSUS • |
|
|
| • CAPAIAN UMUM • |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
Promosi Program Pusat Asasi Sains Pertanian di MRSM Taiping, Perak
Jumaat, 28 Mac 2008. Pada 27 Mac 2008 bertempat di MRSM Taiping, Perak, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) telah mengambil bahagian dalam Pameran Hari Kerjaya Bersama IPTA dan IPTS bertempat di MRSM Taiping. PASP telah menghantar 4 orang wakil ke sana bagi mengadakan pameran dan promosi program ASPer. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama, Perak iaitu En. Mohammad bin Md. Shukor. Pameran tersebut disertai juga oleh IPTA serta IPTS tempatan. Sambutan yang diterima adalah sangat baik di mana pameran tersebut dihadiri oleh lebih kurang dari 30 buah sekolah sekitarnya.
PASP telah diberi satu slot taklimat bagi menrangkan program ASPer kepada pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan program ini. Taklimat tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah PASP, Prof. Madya Dr. Patimah Ismail. |
| |
|
Kemaskini : 28-03-2008 (Mohd. Fadzil Suhaimi) |
| |
|