http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
     
Ceramah Maulidur Rasul Pusat Asasi Sains Pertanian

Pelajar dan staf ASPer serta tetamu yang hadir sama-sama berselawat kepada baginda Rasulullah S.A.WIsnin, 7 April 2008. Pada hari Jumaat, 4 April 2008 bertempat di Bilik Seminar ITMA telah berlangsung Ceramah Maulidur Rasul Pusat Asasi Sains Pertanian. Ceramah bertajuk NILAI MURNI DAN INTEGRITI DARIPADA PERIBADI RASULULLAH S.A.W dan disampaikan oleh Dr. Hj. Abd Latif Hj. B. Hamat dari Pusat Pembangunan Minda Darul Syura. Ceramah ini adalah dibawah kelolaan Biro Kerohanian, Kelab Kebajikan dan Rekreasi ASPer UPM.

Majlis dijalankan pada jam 10:00 pagi. Semua pelajar serta staf ASPer hadir bagi memeriahkan majlis ilmu pada pagi tersebut.


Hadirin yang terdiri daripada pelajar dan ASPer pada pagi tersebutDr. Abd Rahman Kurais telah mempengerusikan majlis pada pagi tersebut. Sesi bacaan selawat seterusnya dimulakan dengan diketuai oleh wakil pelajar ASPer. Bilik Seminar ITMA bergema dengan bacaan selawat dari semua yang hadir.

Rakaman Ceramah Maulidur Rasul

Selesai bacaan selawat, majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu ceramah Maulidur Rasul. Sesi ceramah berlangsung selama hampir 1 jam dan alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Kemaskini :  07-04-2008 (Webmaster)
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.