| • CAPAIAN KHUSUS • |
|
|
| • CAPAIAN UMUM • |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
Rombongan Sek. Men. Teknik Teluk Intan ke ASPer UPM
Isnin, 7 April 2008. Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer) telah menerima rombongan dari Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan pada hari Jumaat, 4 April 2008. Lawatan ini adalah bersempena dengan program "Tautan Kasih SMTTI-UPM" anjuran pihak sekolah terbabit.
Rombongan terdiri daripada seramai 35 orang pelajar dengan diiringi 7 orang guru pengiring. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 4:00 petang berlangsung agak lewat sedikit atas masalah hujan yang lebat yang sedikit menghalang perjalanan rombongan ke sini.
Pada petang tersebut, pihak rombongan diberikan taklimat berkenaan Program Asasi Sains Pertanian. Majlis taklimat telah dipengerusikan oleh Pn. Shah Christirani Azhar, pensyarah Kimia ASPer UPM dan sesi taklimat pula disampaikan oleh Dr. Abd Rahman Kurais, pensyarah Biologi ASPer UPM.
Majlis taklimat disudahi dengan penyampaian cenderahati kepada sekolah yang diwakili oleh En. Mohd. Nazri Saad selaku Kaunselor Sekolah. |
|
|
Kemaskini : 07-04-2008 (Webmaster) |
| |
|