http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
AKTIVITI
PETA LAMAN
MAKLUMBALAS
AJK LAMAN WEB
ALUMNI ASPer
CAPAIAN PANTAS
     
Latihan Putra Learning Management System ASPer UPM

Selasa, 8 April 2008. Semua pensyarah Pusat Asasi Sains Pertanian semalam telah terlibat dengan latihan e-Learning iaitu Putra Learning Management System (PLMS-A). Latihan ini adalah di bawah kelolaan Pusat Pembangunan Akademik (CADe) yang bertujuan untuk menerangkan panduan menggunakan sistem yang disediakan sekali gus mempertingkatkan penggunaan interaktif dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Sesi latihan dimulakan dengan taklimat daripada petugas CADe tentang bagaimana hendak mengaplikasikan sistem ini. Taklimat dijalankan di Bilik Mesyuarat ASPer. Seterusnya semua pensyarah ASPer dibawa ke Bilik Komputer bagi mencuba serta mengaplikasikan sistem ini. Semua pensyarah yang terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang latihan ini dijalankan.
Kemaskini :  08-04-2008 (Webmaster)
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.