http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
AKTIVITI
PETA LAMAN
MAKLUMBALAS
AJK LAMAN WEB
ALUMNI ASPer
CAPAIAN PANTAS
     
Rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras.

Para pelajar sedang tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dra. Umi Salamah Hassan, Pensyarah Biologi ASPerKhamis, 10 April 2008. Seramai 46 orang murid dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn2, Cheras telah mengadakan lawatan ke Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer) semalam. Pihak ASPer menyambut ketibaan rombongan dengan penuh ramah mesra dan seterusnya dibawa untuk mendengar taklimat berkenaan dengan Program Asasi Sains Pertanian. Taklimat berlangsung di Bilik Kuliah 4 ASPer dari jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengahari. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Sharudin Omar Baki iaitu pensyarah Fizik di ASPer manakala taklimat disampaikan oleh Dr. Umi Salamah Hassan, pensyarah Biologi ASPer.

Pegawai Tadbir ASPer, En. Mustafa menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Azizon sebagai tanda terima kasih di atas lawatan iniSelesai sesi taklimat dan soal jawab, pihak ASPer engan berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada guru pengiring iaitu Pn. Azizon Che Ismail selaku Kaunselor sekolah. Sebelum bersurai, rombongan disajikan dengan sedikit jamuan ringan.
Kemaskini :  10-04-2008 (Webmaster)
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.