http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
AKTIVITI
PETA LAMAN
MAKLUMBALAS
AJK LAMAN WEB
ALUMNI ASPer
CAPAIAN PANTAS
     
Ikatan Pengajian Islam Pahang Datang Kembali

Wakil daripada Ikatan Pengajian Islam Pahang menerima sumbangan cenderahati daripada En. Iskandar Shahrim Mustafa, Pensyarah Fizik ASPerJumaat, 11 April 2008. Semakin lama semakin ramai yang mengetahui dan mengenali Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer). Buktinya, pada 10 April 2008 bertempat di Bilik Kuliah 3 pihak ASPer menerima kunjungan kali ke-2 dari Ikatan Pengajian Islam Pahang. Jumlah ahli rombongan adalah seramai 44 orang. Majlis berlangsung pada jam 8:30 pagi dan tamat lebih kurang jam 10:30 pagi. Pada pagi tersebut, En. Iskandar Shahrim Mustafa, pensyarah Fizik ASPer telah diberikan tugas untuk memberikan taklimat. Maklumbalas yang diterima daripada ahli rombongan adalah sangat memuaskan. Sebelum bersurai, pihak ASPer telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.
Kemaskini :  11-04-2008 (Webmaster)
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.