| • CAPAIAN KHUSUS • |
|
|
| • CAPAIAN UMUM • |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
Rombongan Maktab Rendah Sains MARA, Alor Gajah , Melaka.
Rabu, 16 April 2008. Pusat Asasi Sains Pertanian telah menerima kunjungan dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka semalam dengan bilangan ahli rombongan seramai lebih kurang 44 orang diiringi guru pengiring. Rombongan yang tiba pada jam 10:15 pagi terus dibawa ke Bilik Kuliah 3 ASPer bagi mendengar taklimat Program Asasi Sains Pertanian yang telah disampaikan oleh Pn. Shah Christirani Azhar iaitu Pensyarah Kimia ASPer. Majlis taklimat ini turut dibantu oleh En. Ismail Omar, En. Iskandar Shahrim Mustafa selaku pensyarah di sini dan dibantu oleh beberapa pegawai sokongan lain.
Sebelum mendengar taklimat Program Asasi Sains Pertanian, ahli rombongan terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas berkenaan UPM oleh En. Kamarol Abu Bakar dari Bahagian Komunikasi Korporat, UPM. Pada akhir majlis taklimat ini, pihak MRSM Alor Gajah telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih di atas segala keterangan dan informasi yang diberikan sepanjang sesi taklimat berlangsung. Rombongan diketuai oleh En. Sheikh Muhammad selaku kanselor sekolah merangkap guru pengiring |
|
|
Kemaskini : 16-04-2008 (Webmaster) |
| |
|