| • CAPAIAN KHUSUS • |
|
|
| • CAPAIAN UMUM • |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
Perhimpunan Pegawai UPM 2008
Isnin, 28 April 2008. UPM buat julung kalinya telah mengadakan Program Perhimpunan Pegawai 2008 bertempat di Padang Kawad UPM pada 23 April yang lalu. Hampir kesemua fakulti dan PTJ menghantar wakil masing-masing bagi program ini. Pusat Asasi Sains Pertanian pula telah menghantar seramai 10 orang peserta bagi program ini.
Walaupun majlis bermula agak lewat, namun kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat amat membanggakan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh Pengarah Pusat Islam, Dr. Amini Amir Abdullah untuk memohon keberkatan Allah S.W.T. Selesai bacaan doa, Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah memberikan kata-kata aluan seterusnya mengetuai sesi bacaan ikrar Integriti Pegawai UPM.
Kemuncak program ini ialah acara senamrobik yang berlangsung hampir sejam. Semua staf yang hadir kelihatan seronok sepanjang aktiviti senamrobik ini.
Majlis tamat lebih kurang jam 5:00 petang. |
|
|
Kemaskini : 24-04-2008 (Webmaster) |
| |
|