| • CAPAIAN KHUSUS • |
|
|
| • CAPAIAN UMUM • |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
Kejohanan Sukan Staf-Pelajar ASPer 2008
Khamis, 1 Mei 2008. Buat julung-julung kalinya, telah berlangsung Kejohanan Sukan Staf-Pelajar ASPer pada 26 April yang lalu. Ini merupakan kejohanan sulung yang diadakan melibatkan staf dan pelajar ASPer.
Kejohanan ini adalah hasil kerjasama antara Kelab Kebajikan dan Rekreasi ASPer bersama Persatuan Asasi Sains Pertanian. Antara sukan yang dipertandingkan adalah dart, ping pong, badminton, catur dan bola jaring.
Upacara perasmian kejohanan berlangsung pada jam 2:30 petang bertempat di Dewan Bimasakti, Kolej 13 dan dirasmikan oleh Prof. Dr. Mahiran Basri, Pengarah ASPer. Acara pertama berlangsung selepas upacara perasmian adalah dart dan ping pong, diikuti dengan catur. Seterusnya, pertandingan bola jaring berlangsung di gelanggang sukan Kolej 14. Manakala bagi acara badminton pula dijalankan di sebelah malam di Dewan Bimasakti.
Kejohanan sulung ini telah dimenangi oleh pasukan staf ASPer dengan aggregat 3-2. Acara yang dimenangi adalah dart, catur dan juga badminton. Di pihak pelajar pula, acara yang dimenangi adalah ping pong dan bola jaring.
Adalah diharapkan kejohanan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan sebagai salah satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf dan pelajar seterusnya memupuk semangat kesukanan dan kerjasama semua pihak.
|
|
 |
 |
Kemaskini : 01-05-2008 (Webmaster) |
| |
|