http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
AKTIVITI
PETA LAMAN
MAKLUMBALAS
AJK LAMAN WEB
ALUMNI ASPer
CAPAIAN PANTAS
     
Hari Silaturrahim antara Staf dan Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian 2008

Perlawanan futsal lelaki antara staf dan pelajar ASPer.Khamis, 1 Mei 2008. Berkat hasil usaha gigih pelajar-pelajar Program Asasi Sains Pertanian, akhirnya program Hari Silaturrahim Antara Staf dan Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian 2008 dapat dilaksanakan. Program ini berlangsung dari 26 April 2008 hingga 27 April 2008.

Pada 26 April 2008, berlangsung acara pertandingan futsal di sebelah paginya manakala di sebelah malam berlangsung pula Malam Kemuncak program. Manakala pada 27 Aprill 2008 pula kesemua pelajar dan staf beramai-ramai bersantai di Port Dickson.Staf dan pelajar wanita ASPer menunjuk bakat masing-masing.

Pertandingan futsal telah diadakan di gelanggang sukan UPM yang terletak berhadapan dengan Astaka Seni. Seramai 10 pasukan bertanding yang terdiri dari 5 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan. Pihak staf menghantar masing-masing 1 pasukan untuk setiap kategori. Bagi kategori lelaki, pasukan yang diwakili pelajar memenangi acara tersebut manakala pasukan wanita staf pula menang bagi kategori perempuan. Perlawanan berlangsung sehingga tengahari dan rata-rata kelihatan kepenatan memandangkan cuaca pagi tersebut yang agak panas.

Gabungan staf dan pelajar membuat persembahan.Pada sebelah malamnya pula berlangsung Malam Kemuncak Hari Silaturrahim Antara Staf dan Pelajar ASPer. Walaupun kepenatan setelah bertanding futsal di sebelah siangnya, namun pujian harus diberikan kepada setiap AJK majlis tersebut. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap ahli membuatkan majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Majlis pada malam tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah ASPer, Prof. Dr. Mahiran Basri dan tema majlis adalah "Merah dan Putih". 2 persembahan dilangsungkan pada malam tersebut. Persembahan pertama adalah nyanyian duet daripada pelajar iaitu saudari Anisah dan juga saudara Mohd Shafiq yang mendendangkan lagu "Doa Buat Kekasih". Persembahan kedua pula adalah persembahan band "Sparrow" yang terdiri daripada gabungan staf dan pelajar iaitu saudara Zamir, En. Iskandar serta saudara Zulhakimi. Mereka mendendangkan 2 buah lagu iaitu "Masih" nyanyian Flop Poppy dan juga "Tapi Bukan Aku" nyanyian Keris Patih.Pengarah program, saudara Zakuan menyampaikan cenderahati kepada Pengarah ASPer, Prof. Dr. Mahiran Basri.

Pada majlis tersebut juga diadakan majlis penyampaian trofi Kejohanan Sukan Staf-Pelajar 2008 yang telah dimenangi pasukan staf dengan aggregat 3-2.

Keesokan harinya, semua pelajar dan staf beramai-ramai berkunjung ke Port Dickson untuk bersantai dan beriadah bersama. Rombongan bertolak dari Kolej 13 pada jam lebih kurang 7:30 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 9:00 pagi. Pelbagai aktiviti riadah dijalankan dan acara utama yang menjadi perhatian semua yang datang adalah mandi pantai. Kepenatan sepanjang hari di Port Dickson tidak terpancar di wajah setiap yang hadir. Rombongan berangkat pulang pada jam 4:00 petang.
Acara sukaneka yang diadakan di Port Dickson. Acara sukaneka yang diadakan di Port Dickson.

Kemaskini :  01-05-2008 (Webmaster)
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.