http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
AKTIVITI
PETA LAMAN
MAKLUMBALAS
AJK LAMAN WEB
ALUMNI ASPer
CAPAIAN PANTAS
     
Majlis Perpisahan Hj Dahari.

Staf ASPer yang bertungkus-lumus menyiapkan masakan untuk majlis.Selasa, 13 Mei 2008. Pada 12 Mei 2008, telah berlangsung Majlis Perpisahan meraikan Tn. Hj. Ahmad Dahari Kamaruzaman yang akan berpindah ke Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) pada 15 Mei 2008.

Pada pagi tersebut, semua kakitangan ASPer bertungkus-lumus menyediakan hidangan untuk majlis yang akan berlangsung. Aktiviti memasak yang dijalankan secara bergotong-royong meningkatkan kerjasama kumpulan dan kemesraan di kalangan pegawai ASPer. Pelbagai jenis masakan disediakan. Antaranya ialah ikan siakap 3 rasa, ayam goreng berempah, serta sambal udang dan petai.

Makanan yang siap dimasak dihidangkan sebelum majlis.Majlis dimulakan pada jam 12:00 tengahari dan dipengerusikan oleh En. Sharudin Omar Baki, Pensyarah Fizik ASPer. Sebelum itu, bacaan doa dimulakan dengan diketuai oleh Dr. Abd Rahman Kurais, Pensyarah Biologi ASPer, seterusnya diikulti dengan ucapan dari Prof. Dr. Mahiran Basri.

Pn. Arbaiyah Isa (bekas Pegawai Tadbir ASPer) turut hadir memberikan ucapan.Setiap staf diberikan peluang untuk memberikan ucapan kepada Tn. Hj. Ahmad Dahari. Antara pesan dan amanat Tn. Hj. Ahmad Dahari kepada setiap staf untuk terus bersemangat meneruskan kerja bagi meningkatkan prestasi ASPer di mata masyarakat. Semua yang hadir berasa sebak dan sayu dengan ucapan yang diberikan. Sehingga kini, genaplah Tn. Hj. Ahmad Dahari bertugas di sini selama 2 tahun 7 bln. Disamping itu, Pn. Arbaiyah, bekas Pegawai Tadbir ASPer turut hadir pada majlis ini.

Penyampaian cenderahati daripada Pengarah ASPer kepada Tn. Hj. Ahmad Dahari Kamaruzaman.Di akhir majlis, penyerahan cenderahati telah dilakukan oleh Pengarah ASPer yang mewakili semua staf di sini.

Kepada Tn. Hj. Ahmad Dahari: SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT BERJAYA".

Kemaskini :  13-05-2008 (Nor Izzati Yahya)
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.