http://www.upm.edu.my
 
Carian:
 
• CAPAIAN KHUSUS •
PELAWAT
PELAJAR
STAF
• CAPAIAN UMUM •
AKTIVITI
PETA LAMAN
MAKLUMBALAS
AJK LAMAN WEB
ALUMNI ASPer
CAPAIAN PANTAS
     
PASP Naib Johan Kejohanan Dart Antara PTJ UPM 2008

Salah seorang staf ASPer sedang bertanding.Khamis, 15 Mei 2008. Pada 12, 13 dan 14 Mei lepas bertempat di Pusat Pendidikan Luar (PPL), satu kejohanan dart antara PTJ UPM 2008 telah berlangsung. Sebanyak 16 pasukan dari wakil PTJ UPM telah mengambil bahagian dan salah satunya wakil dari Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP). Diundi berada dalam kumpulan D bersama Bahagian Keselamatan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta Fakulti Sains, PASP mempamerkan permainan yang baik dengan menjadi johan kumpulan dan seterusnya ke peringkat suku akhir.

Aksi peserta wanita daripada ASPer membuat balingan dart.Menentang Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di peringkat suku akhir menyaksikan persaingan yang sengit antara kedua-dua pasukan. Namun kecemerlangan dan kesungguhan pasukan PASP membuahkan hasil apabila berjaya mengalahkan pasukan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Menunggu PASP di peringkat tersebut adalah wakil dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Berkat kerjasama kumpulan yang baik dan keinginan yang kuat ingin melangkah ke peringkat akhir tercapai jua akhirnya setelah berhempas pulas dalam perlawanan tersebut dengan mengalahkan wakil dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Impian PASP untuk melangkah ke peringkat akhir terlaksana dan kami berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan.

Johan dan Naib Johan selepas menerima hadiah dan pingat kejohanan.Lawan peringkat akhir adalah pasukan UPM yang mana 4 orang daripada pesertanya merupakan staf PASP. Pada peringkat ini, PASP akhirnya tunduk kepada pasukan UPM yang diketahui banyak pengalaman serta mempunyai wakil yang berwibawa. Tahniah kepada wakil PASP yang begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam perlawanan tersebut sehingga menjadi naib johan. Kami berbangga kerana anda semua berjaya mengharumkan nama PASP. Tahniah.
Kemaskini :  15-05-2008 (Mohd Fadzil Suhaimi)
 
 PENAFIAN:   UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.