| • CAPAIAN KHUSUS • |
|
|
| • CAPAIAN UMUM • |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
Gotong-Royong Membersihkan Kolam
Jumaat, 27 Jun 2008. Pada 26 Jun 2008 (Khamis) semua warga ASPer telah sama-sama turun padang bagi membersihkan kolam yang terletak bersebelahan dengan premis Pusat Asasi Sains Pertanian. Acara gotong-royong ini telah dimulakan pada sebelah petang dengan tujuan untuk membersihkan serta mencantikkan lagi kawasan sekitar premis. Disamping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menghindari sebarang tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mengelak dari berlakunya kes demam denggi di kalangan staf dan juga pelajar ASPer.
Sesungguhnya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan staf yang sibuk dengan pelbagai tugas rutin dan harian. Aktiviti ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Patimah Ismail dan juga Timbalan Pendaftar Kanan Pusat Asasi Sains Pertanian, En. Mustafa Che Ali yang sama-sama menggembeling tenaga dalam menjayakan aktiviti ini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan sebagai satu saluran bagi semua staf untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim. |
|
|
Kemaskini : 27-06-2008 (Webmaster) |
| |
|