Capaian Internet

PutraHotSpot
               

PutraHotSpot UPM ini merupakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless) (WiFi) percuma kepada seluruh warga UPM (staf, pelajar dan pelawat rasmi) yang disediakan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Perkhidmatan ini menyokong pelbagai peranti seperti komputer desktop, notebook, PDA dan smart Phone yang menggunakan perkhidmatan WiFi 802.11b/g.

Dengan adanya kemudahan ini membolehkan akses capaian kepada aplikasi Sistem Maklumat Pelajar (SMP), emel dan aplikasi lain. Ia meliputi lokasi startegik yang menjadi tumpuan seperti dewan, bilik bacaan, kiosk dan tempat pelajar berkumpul.

Pengguna PutraHotSpot diberi kuota berdasarkan kapasiti bandwidth sebulan. Pelajar dinasihat supaya menggunakan kuota yang diberikan secara berhemah bagi mengelakan permasalahan tidak dapat melayari internet sekiranya telah habis.

Pusat Perkhidmatan PutraHotSpot terletak di Tingkat 1, Astaka Seni UPM bagi membantu urusan akaun pengguna.


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:
Hotline : +603-8947 1990/ Perkhidmatan ICT

       

 

 

uspotimage1