Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Naib Canselor 2024 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Naib Canselor 2024

Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Naib Canselor 2024

15 Mac 2024, Masjid UPM Serdang, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Naib Canselor bersama 200 orang pelajar ASPer UPM. Pada majlis ini juga DYMM Tuanku telah berkenan menyampikan sumbangan kepada 10 orang asnaf ASPer.

Majlis bermula seawal 5.30 petang dengan kehadiran para jemputan dan tetamu kenamaan. Majlis penyerahan sumbangan telah bermula pada jam 6.30 petang dan diteruskan pula dengan majlis berbuka puasa serta solat magrib dan solat tarawih.

DYMM Tuanku juga telah sudi mencemar duli dan turut beramah mesra dengan para pelajar ASPutra sebelum bersurai.

 

 

 

Tarikh Input: 20/03/2024 | Kemaskini: 20/03/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbUAO~