| Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Pusat Asasi Sains Pertanian telah ditubuhkan pada Jun 2005 dengan menawarkan Program Asasi Sains Pertanian. Program ini setara dengan matrikulasi dan asasi sains lain di Malaysia. Pada awal pelaksanaan program ini dijalankan dalam tempoh satu tahun setengah dan lepasan program ini layak untuk mengikuti program pengajian berasaskan agri-bio di UPM.


Walaubagaimanapun pada tahun 2011 program ini telah diluluskan pelaksanaan pengajian selama satu tahun dan semua lepasan Asasi layak untuk mengikuti semua program yang ditawarkan oleh UPM termasuk Doktor Perubatan.

Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian sentiasa memberi keutamaan kepada kelangsungan dan kebolehpasaran pelajar lepasan Asasi Sains Pertanian.

Sehubungan itu, mulai tahun 2017 Program Asasi Sains Pertanian telah diluluskan untuk menjalankan pengajian selama satu tahun dengan jumlan dua semester.

Program ini juga telah mendapat kelulusan peringkat Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Melangkah keluar daripada Pusat Asasi Sains Pertanian menandakan tamat sudah pengajian peringkat pra-universiti anda selama setahun. Peluang meneruskan pengajian peringkat ijazah di UPM sangat luas menanti anda.

Walaupun di peringkat ijazah, master mahupun PhD alumni ASPer sentiasa memberi komitmen dan prihatin dengan program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian.

Jalinan silaturahim dan semangat kekeluargaan selama setahun di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM tiada nilainya. Ini lah yang mengukuhkan lagi ikatan dan jaringan kerjasama di antara Pusat Asasi Sains Pertanian dan Alumni ASPer.

Sejak tahun 2005 hingga 2017 jumlah alumni Asasi Sains Pertanian telah mencecah seramai 4894 orang.  

Semua Pelajar Asasi Sains Pertanian UPM atau dikenali sebagai pelajar ASPer UPM akan menikmati kehidupan kampus yang sama seperti seperti pelajar-pelajar peringkat ijazah, Master dan lain-lain. Semua pelajar ASPer juga tertakluk kepada undang- undang serta peraturan university di bawah AKta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Semua pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian perlu mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh pihak UPM dari semasa ke semasa. Pelajar juga bebas menggunakan semua kemudahan yang disediakan oleh pihak university seperti, Perpustakaan, Pusat Kesihatan Mahasiswa, Ruang Rekreasi dan Kemudahan Wifi. Walaubagaimanapun pelajar ASPer tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti kokurikulum berkredit university. Mereka diberi kelonggaran untuk menjalankan pelbagai Aktiviti di bawah Persatuan Pelajar Asasi Sains Pertanian yang dilantik pada setiap tahun. Melalui persatuan ini pelajar akan berpeluang menguruskan pelbagai aktiviti seperti akademik, komuniti dan keusahawanan.
C1500770162