Pusat Asasi Sains Pertanian akan menganjurkan satu sesi ceramah pada 4 Mac 2022, sebagai salah satu pengisian Kempen Derma Darah ASPer Edisi 2 2022 yang akan berlangsng pada 5 Mac 2022.
Ceramah yang akan dilaksanakan ini adalah tentang penyakit talasemia dan penyertaannya terbuka kepada masyarakat umum dan juga kepada para pelajar program Asasi Sains Pertanian UPM. Ceramah ini diharap dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada umum tentang penyakit talasemia serta kaedah rawatannya.
Sesi Ceramah telah berlangsung pada jam 3 hingga 4.30 petang dengan penyertaan seramai 402 peserta. Mereka terdiri daripada para pelajar, staf dan komuniti sekitar serta orang awam.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr. Nur Aini Syakirah Ahmad Shuyuti Pakar daripada Klinik Pakar Perubatan Hematologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II
Semoga dengan ceramah ini objektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit talasemia ini dapat direalisasikan.
Date of Input: 09/03/2022 | Updated: 09/03/2022 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550