Pasukan Debat Bahasa Melayu Mara Ke Suku Akhir Dan 3 Pendebat Bahasa Inggeris Tersenarai Sebagai “Top 11 Best Speakers” Di PeDAA 2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Pasukan Debat Bahasa Melayu Mara ke Suku Akhir dan 3 Pendebat Bahasa Inggeris tersenarai sebagai “Top 11 Best Speakers” di PeDAA 2024

Pasukan Debat Bahasa Melayu Mara ke Suku Akhir dan 3 Pendebat Bahasa Inggeris tersenarai sebagai “Top 11 Best Speakers” di PeDAA 2024

Pada 2 hingga 4 Februari 2024 yang lalu, Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Pertandingan Debat Antara Asasi (PeDAA) 2024. Pertandingan ini telah berlangsung secara hibrid di mana pusingan awal serta pusingan suku akhir dijalankan secara dalam talian manakala pusingan separuh akhir dan pusingan akhir dijalankan secara fizikal di UMT. Terdapat dua kategori yang telah dipertandingkan iaitu kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris.
 
Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) diwakili oleh dua pasukan debat bagi setiap kategori. Berikut merupakan senarai nama pelajar yang terlibat:
 
Anggota Pasukan Debat Bahasa Melayu (UPM A):
  1. Munahafiy Saliha Nurjannah binti Nor Helme
  2. Nur Imanina Izzati binti Mohamad Nizam
  3. Muhammad Amin Afif bin Mohd Azmi
  4. Mohamed Sharaf Yusuf bin Nazeer Ali
 
Anggota Pasukan Debat Bahasa Melayu (UPM B):
  1. Afiq Farhan bin Azhari
  2. Muhammad Danish bin Izham
  3. Rais Syahmi bin Ramli
  4. Alifah Maisarah binti Abdul Halim.
 
Anggota Pasukan Debat Bahasa Inggeris (UPM 1):
  1. Mohamad Ridzwan bin Shahul Hameed
  2. Safea Umaira binti Esa
  3. Valerie Kuek Weng Yi
  4. Farhah Sufina binti Nizam
Anggota Pasukan Debat Bahasa Inggeris (UPM 2):
  1. Syaza Marinah binti Mohamed Ghouse
  2. Rivenesh A/L Kumaresan
  3. Goh Nien Zhe
Pasukan UPM B telah berjaya mara ke pusingan suku akhir setelah menewaskan pasukan UKM A, UKM B dan UMS B. Pasukan ini berada di kedudukan keenam selepas tamat empat pusingan. Walau bagaimanapun, pasukan UPM B tewas kepada pasukan USIM A setelah usul “Demi masa depan negara, gencatan politik perlu dilaksanakan segera,” diterima ketika pusingan suku akhir. Pasukan UPM B telah menerima hadiah saguhati bernilai RM500.00 kerana layak ke peringkat suku akhir. Bagi pasukan UPM A pula, dua kemenangan pada peringkat awal tidak mampu melayakkan mereka ke peringkat seterusnya kerana berada di kedudukan ke-13 selepas tamat empat pusingan.
Bagi kategori debat Bahasa Inggeris pula, pasukan UPM 1 dan pasukan UPM 2 mendapat tempat ke-9 dan ke-10 selepas pusingan saringan keseluruhan. Kedua-dua pasukan memenangi dua daripada empat pusingan debat yang ditandingi. Walaupun kedua pasukan debat Bahasa Inggeris tidak layak untuk mara ke pusingan suku akhir, tiga daripada tujuh pendebat UPM telah tersenarai sebagai 11 Pendebat Terbaik bagi pusingan awal. Mereka terdiri daripada saudara Mohamad Ridzwan bin Shahul Hameed di tangga ke-2, saudari Syaza Marinah binti Mohamed Ghouse di tangga ke-7 dan saudari Safea Umaira binti Esa di tangga ke-8.
Tahniah diucapkan kepada semua pendebat ASPutra yang telah berjaya memberikan saingan yang sengit sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga semua peserta dapat memanfaatkan pengalaman yang diterima dan terus menjadi pendebat yang berkualiti dan berdaya saing pada masa akan datang.
 
 
Disediakan oleh:
Cik Ermelia Rohayu binti Ramlan
Cik Aina Suhaiza binti Mohamad Nazir

Date of Input: 12/03/2024 | Updated: 12/03/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
WXEbSAo~