Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pensyarah dan guru ASPer yang telah memenangi 5th International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2022 (i-PicTL2022) anjuran Universiti Putra Malaysia yang telah berlangsung pada 25 - 28 October 2022.
Karnival inovasi dengan tema “InnoCreative Beyond Limit: Shaping Future-proof Education” ini telah memberikan peluang kepada pensyarah dan guru di ASPer untuk berkongsi inovasi pengajaran yang telah dijalankan dalam sesi PdP di ASPer. Diharapkan program seperti ini dapat memberikan lebih banyak idea baharu dan meningkatkan lagi pengetahuan kesemua pengajar ASPer sekaligus dapat memurnikan lagi inovasi dalam sesi PdP di ASPer.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua peserta dan pemenang PicTL2022! Semoga lebih banyak hasil inovasi dalam PdP dapat dicetuskan pada masa akan datang.
Sijil pemenang yang mengandungi nama para peserta adalah seperti berikut:
Pemenang Medal Emas:
Bidang Biologi
Ketua: Dr. Nur Akmal Ishak
Pemenang Medal Perak:
1. Bidang Matematik, ASPer
Ketua: Dr. Muhamamd Asyraf Asbullah
2. Bidang Fizik, ASPer
Ketua: Dr. Sharudin Omar Baki
3. Bidang Kimia
Ketua: Dr. Adila Jaafar
4. Jawatankuasa Data ASPer
Ketua: Dr. Umair Abdul Halim
Oleh : Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Binti Md Jamil
Timbalan Pengarah 1, Pusat Asasi Sains Pertanian
Date of Input: 09/11/2022 | Updated: 09/11/2022 | emma
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550