13 Januari 2023, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menerima seramai 40 orang pelajar beserta guru pengiring bagi sesi lawatan sambil belajar. Mereka tiba di Pusat Asasi Sains Pertanian pada jam 10.00pagi dan disambut oleh urusetia lawatan yang bertugas.
Seterusnya para pelawat telah di raikan dalam majlis taklimat program yang disampaikan khas oleh Timbalan Pengarah II iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh. Penerangan secara santai dan sesi soal jawab telah dilaksanakan pada sesi ini.
Seterusnya para pelawat telah dibawa untuk mengikuti sesi pemindahan ilmu yang dikendalikan oleh bidang biologi dan diketuai oleh Dr. Nor Hafizah Ahmad Kamarudin (Pensyarah kanan). Pemindahan ilmu pada kali ini adalah tentang Life in a drop of water!.
Majlis selesai sejurus tamatnya sesi pemindahan ilmu dan penilaian program tersebut. Semoga para pelajar mendapat manfaat dengan ilmu yang disampaikan oleh pihak kami di Pusat Asasi Sains Pertanian dan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh : Hasniah Hamid
Jurugambar : En. Aminuddin Abdul Wahab
Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 17/01/2023 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550