MAJLIS PENUTUP SEMARAK KASIH KEMERDEKAAN 2022
Bulan Ogos sinonim dengan sambutan bulan kemerdekaan. Justeru itu, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menganjurkan Program Semarak Kasih Kemerdekaan 2022 dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk ceramah, kebudayaan dan kesenian sebagai satu medium menyemarakkan semangat sayangkan Malaysia dalam kalangan staf dan pelajar Asasi Sains Pertanian. Program telah diadakan bermula 16 Ogos 2022 sehingga 16 September 2022. Selari dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama, warga Pusat Asasi Sains Pertanian telah sama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti di bawah Program Semarak Kasih Kemerdekaan 2022.
Majlis Penutup Semarak Kasih Kemerdekaan 2022 berlangsung pada 12 September 2022 bertemakan busana Malaysia telah dianjurkan di Dataran Asasi 1. Penglibatan staf dan pelajar telah sama-sama memeriahkan majlis yang telah mengumumkan keputusan pemenang seperti berikut:
Pertandingan Rakaman Video Pidato Kemerdekaan |
Tempat Pertama: Nisa’ Amalin binti Mohammad Shahrim Muhammad Iman Wafi bin Mohd. Shahril
Tempat Kedua: Nur Aqilah binti Mohd. Arif
Tempat Ketiga: Durrah binti Mohamad Shariff
Saguhati: Sheerin Nuha binti Rafdhy Alya Afiqah binti Mahadi Seri Nur Syahadah binti Kamaruzaman
|
Pertandingan Insta Kemerdekaan |
Tempat Pertama: Naz Shafiera Aleesa binti Noradzini
Tempat Kedua: Muhammad Muazzam bin Muzairy
Tempat Ketiga: Nur Syazana Syazwani binti Abdul Aziz
Saguhati: Qurratun Aina Sakinah binti Abdul Rahman Arman Darwish bin Malek Ridwan Nitesh A/L Prakash
|
Pertandingan Suara Patriotik
|
Tempat Pertama: Kamalia binti Norfadzli
Tempat Kedua: Nur Adriana Batrisyia binti Shamsul Zahri
Tempat Ketiga: Anis Safiyyah binti Azalan Nur Athirah binti Abu @ Hanafiah Nurul Najwa binti Muhammad Qassim Nur Ain-Lin Wan binti Mohd. Khairi Adlin Aizani binti Asri Siti Aminah binti Baharom Nureen Izzaty binti Osman Muhammad Irfan bin Radhi
Saguhati Ahli Kumpulan Kuliah 14
Saguhati Adam Firdaus bin Al-Fadzil Muhammad Amirul Aiman bin Barul Hisham Mohammad Arrazaq Zikry bin Mohd. Azhar Shamalan A/L Vicneswaran Adlin Dayana binti Ridzuan
Saguhati Alya Madiha binti Suhaimi Nor Farhan Hilmi bin Nor Azmi Iffah Sufiah binti Zaharuddin Nur Ridwana binti Ahmad Fauzi Muhammad Irfan bin Muhammad Tayyab Muhammad Haziq bin Noor Azlisham
|
Pertandingan Poster Kemerdekaan |
Tempat Pertama: Nur Irdeena Qasreena Nor Rolhakim
Tempat Kedua: Khoo Xue Hui
Tempat Ketiga: Tan Carmeen
Saguhati: Nitesh A/L Prakesh Yasmin Shamimi Muziammad Kalpana A/P Gunalan
|
Pertandingan Busana Kemerdekaan (Kategori Pelajar) |
Tempat Pertama: Jocelyn Debra Jilinus
Tempat Kedua: Nur Shareena Natasya binti Shamsul Nizam
Tempat Ketiga: Nur Syazana binti Saliman Saguhati: Nur Iznie Haziqqah binti Mohd Suhaimi Nur Syaqila binti Ramlan Rus Faris Fikri bin Zukifli
|
Pertandingan Busana Kemerdekaan (Kategori Staf)
|
Tempat Pertama: Tn. Hj. Mat Razi bin Abdullah
Tempat Kedua: En. Mohamad Amirul Faez bin Sulaiman
Tempat Ketiga: Pn. Nor Azah binti Aziz
Saguhati: Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah Pn. Che Zailawati binti Abdul Ghani Pn. Nazariah binti Abdullah
|
Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian dan diiringi oleh barisan pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian.
Gambar 1: Pemenang Pertandingan Rakaman Video Pidato Kemerdekaan
Gambar 2: Pemenang Pertandingan Insta Kemerdekaan
Gambar 3: Pemenang Pertandingan Suara Patriotik
Gambar 4: Pemenang Pertandingan Poster Kemerdekaan
Gambar 5: Pemenang Pertandingan Busana Kemerdekaan kategori pelajar
Majlis ilmu turut dijadikan sebahagian aktiviti di mana pada 25 Ogos 2022 diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mat Razi Abdullah, Timbalan Pendaftar Pusat Asasi Sains Pertanian. Manakala pada 26 Ogos 2022 telah diadakan Bicara Merdeka yang telah disampaikan oleh penceramah Ustaz Long bin Kechik.
Selain itu, Pusat Asasi Sains Pertanian turut menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pasukan Koir ASPer telah menyertai Pertandingan Koir Inter PTJ pada 5 September 2022 dan mendapat tempat keenam manakala Pn. Nazariah binti Abdullah telah mewakili Pusat Asasi Sains Pertanian menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak pada tarikh yang sama.
Gambar 6: Pasukan Koir ASPer bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian
Gambar 7: Pn. Nazariah Abdullah (dua dari kiri) mewakili Pusat Asasi Sains Pertanian menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak.
Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Moga sama-sama kita memelihara kedaulatan dan keharmonian Negara Malaysia bergading tangan sebagai satu keluarga.
Salam Kemerdekaan 31 Ogos 2022.
Salam Hari Malaysia 16 September 2022.
Oleh:
Che Zailawati binti Abdul Ghani
Pusat Asasi Sains Pertanian
Tarikh Input: 20/09/2022 | Kemaskini: 20/09/2022 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550