Sambutan Kemerdekaan yg ke-63 bagi peringkat Pusat Asasi Sains Pertanian telah dimulakan dgn program Asper Merdeka Quran Hour pada 28 Ogos 2020 melalui platform atas talian iaitu Aplikasi Zoom. Seramai 42 pelajar dan staf yang menyertai secara atas talian dan beberapa orang staf secara langsung dari Pusat Asasi Sains Pertanian. Tazkirah ringkas yang menekankan Merdeka Jiwa dari Individualism telah disampaikan oleh saudara Mohamad Hadi Syufi yang juga merupakan pelajar Asasi Sains Pertanian (AsPer 16).
Program Quran Hour ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan pengertian sebenar kemerdekaan melalui perspektif Islam seiring dengan tema kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin.
Program Asper Merdeka Quran Hour merupakan satu permulaan yang baik bagi sambutan Kemerdekaan yg ke63 di peringkat Asasi Sains Pertanian UPM
Tarikh Input: 04/09/2020 | Kemaskini: 06/10/2021 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550