Ahad 30 September 2018, Program Khazanah Alamku II telah berlangsung dengan jayanya. Program anjuran Bidang Biologi Pusat Asasi Sains Pertanian UPM ini telah dijalankan di Gua Ichibawa dan Gua Cili Padi, Batu Caves, Gombak, Selangor.
Tema program Khazanah Alam ku kali ini adalah"The Hidden Wonders" dan melibatkan seramai 73 yang terdiri dari kalangan pelajar Program Asasi Sains Pertanian dan pelajar SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi serta staf Pusat Asasi Sains Pertanian.
Gabungan aktiviti rekreasi luar dan penerokaan biodiversiti gua ini bertujuan untuk menyalurkan ilmu berkaitan biodiversiti, peranan dan kepentingannya keapada masyarakat.
Disamping itu, peserta berpeluang menimba pengalaman untuk memanfaatkan dan mempraktikkan ilmu biodiversiti hutan dan gua serta dapat melahirkan generasi muda yang lebih prihatin terhadap kepentingan flora dan fauna dalam keseimbangan ekosistem.
Tarikh Input: 02/10/2018 | Kemaskini: 18/11/2019 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550