Serdang, 9 July 2021 - Pelajar Asasi Sains Pertanian (Asper 16) yang diketuai oleh saudara Hadi Syufi bin Hasnul sebagai ketua Projek, telah melaksana program pengisian bersama tetamu istimewa iaitu Dr Taha Mohd Omar, DUTA Wazan. Program ini menyentuh tentang topik “Hero And Covid-19”, iaitu sebuah program motivasi bagi para pelajar untuk terus bersemangat dalam pelajaran sekaligus tabah dalam menghadapi pandemik Covid-19.
Dr Taha juga turut berkongsi tentang keadaan ekonomi Malaysia yang berkemungkinan terkesan dalam jangka masa yang panjang serta menasihatkan para pelajar agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat secara maya iaitu membuat content bermanfaat di tiktok, instagram dan aplikasi yang setaraf dengannya.
Program berakhir dengan sesi soal jawab dan kata-kata semangat daripada En Rizal Othman Bin A Razak, Ketua Seksyen Dakwan dan Pemasaran WAZAN UPM. Pihak kami merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pelajar dan penceramah yang telah terlibat dalam menjayakan projek ini.
Tarikh Input: 10/07/2021 | Kemaskini: 11/10/2021 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550