Rabu, 5 Mei 2021, bertempat di Kolej 13 dan Kolej Pendeta Za’ba UPM jam 11.00 hingga 11.45 pagi telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Program Semarak Kasih ASPer 2021.
Seramai 105 org pelajar telah dipilih bagi menerima sumbangan dan mereka ini dipilih daripada kalangan asnaf yang sedang belajar di Pusat Asasi Sains Pertanian. Pihak-pihak yang memberi sumbangan pula terdiri daripada pihak industri seperti Pondok M.S Beryani, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan MYK Engineering & Construction.
Semua sumbangan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Marina Bt Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian UPM. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar asnaf menjelang Aidilfitri dan menjadi landasan kepada pihak industri untuk bersama membantu golongan yang memerlukan.
Tarikh Input: 07/05/2021 | Kemaskini: 22/09/2022 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550