WEBINAR AMALI ASA0104
SIRI 2: PENGENDALIAN PRODUK PERTANIAN DI PASARAYA
oleh
Rafina Syhadilla Md Rafi
Tanggal 24 Mac 2021 yang lalu, Bidang pertanian telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk Webinar Amali ASA0104 Siri 2: Pengendalian Produk Pertanian di Pasaraya. Panel jemputan bagi sesi webinar pada kali ini ialah Puan Stephanie Phang daripada Syarikat AEON Co (M) Bhd cawangan Taman Maluri.
Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tambahan kepada para pelajar mengenai situasi sebenar dalam industri pertanian dan makanan yang bersesuaian dengan kursus ASA0104. Selain daripada itu, perkongsian daripada panel jemputan mampu membuka mata para pelajar mengenai peluang kerjaya dalam sektor pertanian dan makanan ini.
Sesi webinar telah dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom dan Facebook Live Pusat Asasi Sains Pertanian.
Tarikh Input: 28/05/2021 | Kemaskini: 06/10/2021 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550