FANTASI 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » AKTIVITI PERINGKAT ASASI UNIVERSITI AWAM » FANTASI 2023

FANTASI 2023

Pertandingan dinilai oleh tiga juri yang menilai dari segi isi, bahasa dan gaya persembahan di setiap sesi peringkat saringan. Saringan pertama dimulakan pada malam jumaat dengan busana-busana indah dan segak oleh setiap pemantun. Namun, berdasarkan komen juri, kebanyakan pemantun kelihatan gementar dan gemuruh di peringkat pertandingan pertama dan diharapkan ada peningkatan di peringkat seterusnya.

 

Perlawanan saringan dalam pasukan dan suku akhir diteruskan pada hari berikutnya. Kedua-dua pasukan kelihatan lebih yakin dan bertenang di sesi pertandingan peringkat kumpulan dan pasukan UPM B meraih tempat ke-5 dan pasukan UPM A ke-16 di peringkat saringan. Pasukan UPM B layak ke peringkat suku akhir dan mengalahkan pasukan UiTM B. Pemantun Muhammad Iman Wafi bin Mohd Shahril terpilih menjadi pemantun terbaik di peringkat ini.

 

Di peringkat separuh akhir, pasukan UPM B ditewaskan oleh pasukan dari UM dan mendapat tempat ketiga mengikut jumlah pungutan markah menewaskan UNIMAS di tempat ke-4. Pasukan UPM B membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM1000 dan pingat setiap seorang. Tempat kedua di menangi oleh UiTM A dan membawa pulang RM1500 dan pingat. Johan FANTASI 2023 di beri kepada pasukan UM dan membawa pulang RM2000, pingat dan piala.

 

Pemantun terbaik di pentas akhir diberikan kepada Huda Rafiah Md Isa (UiTM A) dan pemantun terbaik keseluruhan dimenangi oleh Sarah Afina Shahrulizat (UM). Setiap pemantun membawa pulang RM200. Kolej Matrikulasi Johor dinobatkan sebagai pasukan dengan Pembukaan Terbaik membawa pulang RM300. Asasi dari UUM memenangi Busana Terbaik membawa pulang RM300.

 

Pemantun pasukan UPM A dan UPM B juga ada dinobatkan sebagai pemantun terbaik di peringkat saringan dan suku akhir. Muhammad Iman Wafi bin Mohd Shahril dinobatkan di peringkat suku akhir, Nur Aqilah binti Mohd. Arif dari UPM A di peringkat saringan ketiga dan Nur Jannatul Hajar binti Azmi dari UPM B di peringkat Saringan 1 dan Saringan 2

 

Tahniah diucapkan kepada pasukan UPM A dan pasukan UPM B yang telah memberikan usaha yang terbaik sepanjang Festival Pantun kali ini. Diharapkan dengan pengalaman ini, membakar lagi jiwa dan semangat untuk terus meneruskan pengamalan budaya lisan melayu melalui pantun di masa akan datang.

Updated:: 29/01/2024 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
WXFVLAj~