Laporan FANTASI 2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » AKTIVITI PERINGKAT ASASI UNIVERSITI AWAM » Laporan FANTASI 2024

Laporan FANTASI 2024

Pada 25 – 27 Februari 2024 yang lalu, telah berlangsung Festival Pantun Antara Asasi 2024 (FANTASI 2024) di Kompleks Pusat PERMATA@Pintar Negara UKM. Festival anjuran oleh Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam kali ke-3 ini disertai oleh 22 pasukan dari Asasi seluruh Malaysia dan disertai juga oleh wakil Matrikulasi dan Politeknik.

Pusat Asasi Sains UPM menghantar dua pasukan iaitu UPM A dan UPM B. Pasukan UPM A dianggotai oleh Noor Amira Natasya binti Talib, Nurin Alyaa Adriana Binti Nasir, Muhammad Adha Zuhairi bin Arman, dan Nur Dalilah Insyirah Binti Sapari. Pasukan UPM B pula disertai oleh Wan Wardatul Aiman Binti Wan Raselan, Aneesa Maysara Binti Burhanuddin, Muhammad Thaqif Syahiran Bin Izham, dan Izz Hakimee Hiroshi Bin Ludinata.

 

Dua orang pegawai pengiring turut terlibat menguruskan peserta FANTASI 2024 sepanjang tiga hari acara berlangsung. Pegawai tersebut adalah Pn. Nur Syazana binti Rashid dan Cik Aina Suhaiza binti Mohamad Nazir.

 

Pertandingan pada peringkat saringan dinilai oleh tiga orang juri yang menilai dari segi isi, bahasa dan gaya persembahan pada setiap sesi peringkat saringan. Saringan pertama dimulakan pada malam Ahad dengan busana-busana indah dan segak oleh setiap pemantun. Namun, berdasarkan komen juri, kebanyakan pemantun kelihatan gementar dan gemuruh di peringkat pertandingan pertama dan diharapkan ada peningkatan di peringkat seterusnya. Pada peringkat saringan pertama, pasukan UPM A bertemu UITM A, manakala pasukan UPM B bertemu USIM B. Walaubagaimanapun, kemenangan tidak berpihak kepada pasukan UPM, kedua-dua pasukan kalah pada peringkat ini.

 

Perlawanan saringan kedua menemukan UPM A dan UNIMAS, manakala UPM B bertemu UPNM. Pada kali ini, kemenangan berpihak kepada kedua-dua pasukan UPM. Seterusnya, dalam saringan ketiga, UPM A bertemu UMS dan UPM B bertemu Matrikulasi A. Pada peringkat saringan terakhir ini, kemenangan tidak berpihak kepada kedua-dua pasukan UPM.

Perjuangan pemantun UPM tidak dapat diteruskan ke peringkat seterusnya kerana tidak berada dalam kedudukan lapan yang terbaik.

 

Pada peringkat akhir, gelanggang pantun telah menemukan dua pasukan UITM A dan UM. Juara FANTASI 2024 telah dinobatkan kepada pasukan UITM A. Pemantun terbaik di pentas akhir diberikan kepada Nurfarahin Afifah (UM) dan pemantun terbaik keseluruhan dimenangi oleh Nur Amanina Mastura (UITM A). Busana terbaik dan persembahan pembukaan terbaik telah dimenangi oleh pasukan UITM B.

 

Tahniah diucapkan kepada pasukan UPM A dan pasukan UPM B yang telah memberikan usaha yang terbaik sepanjang Festival Pantun kali ini. Diharapkan dengan pengalaman ini, akan membakar lagi jiwa dan semangat untuk terus meneruskan pengamalan budaya lisan melayu melalui pantun pada masa akan datang.

Updated:: 12/03/2024 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXFVGA4~