Apple Day 2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » Student » Apple Day 2024

Apple Day 2024

LAPORAN PROGRAM APPLE’S DAY

 

Tarikh                    15 Februari 2024

Tempat                   Dataran Asasi 1

                              Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia

Anjuran

 Persatuan Pelajar Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia Dengan Kerjasama

Pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia

 

1.0       PENGENALAN

Apple’s Day adalah hari untuk menzahirkan penghargaan dengan menghadiahkan set hadiah yang mengandungi buah epal kepada para pensyarah dan pihak staf Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia yang berbakti tanpa penat lelah demi mendidik peneraju masa hadapan Malaysia sepanjang sesi 2023/2024. Buah epal dipilih sebagai simbolik apresiasi kerana warnanya yang merah dan menarik malah bentuk buahnya yang seakan-akan menyerupai hati. Sepanjang hari ini berlangsung, pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia boleh menghadiahkan set hadiah buah epal yang telah ditempah daripada Persatuan Pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia kepada mana-mana pensyarah atau staf sebagai tanda penghargaan.

2.0         OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk:

  1. Meraikan jasa para pensyarah yang teguh mengajar pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia sepanjang tempoh pengajian.
  2. Meraikan jasa staf-staf Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia yang bekerja di belakang tabir dan menjadi orang kuat asasi.
  3. Menunjukkan penghargaan pelajar kepada pensyarahnya dengan menghadiahkan set hadiah yang mengandungi buah epal yang bakal dijual oleh Persatuan Pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia .

 

3.0       PERINCIAN PENGISIAN PROGRAM

Nama                 : Program Apple’s Day

Anjuran             : Persatuan Pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia

Hari dan Tarikh : 14 Februari 2024, Khamis

Masa                  : 1.00- 2:00 PM

Tempat              : Dataran Asasi 1, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia

Jumlah Ahli Jawatankuasa: 24 ahli

 

4.0       NOTA PROGRAM

 

Program Apple’s Day dilaksanakan 15 Februari 2024, Khamis, dari jam 1.00 p.m. hingga 2.00 p.m. di Dataran Asasi 1, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Program ini dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Pelajar Asasi Sains Pertanian (HICOM) dengan kerjasama ahli jawatankuasa Apple’s Day dari kalangan pelajar ASPer. Program ini mendapat sambutan dengan kehadiran lebih kurang 300+ orang pelajar dan staf. Pada pukul 12.00 p.m., Ahli Jawatankuasa (AJK) Dekorasi menghias Dataran Asasi 1 sementara AJK Teknikal menyediakan sistem PA. Program bermula dengan permainan “Guess the Lecturer” untuk meningkatkan keterlibatan para pelajar. Seterusnya, gimik pelancaran dilaksanakan selepas sesi ucapan dari Pengarah Pusat ASPutra dan Pengerusi Majlis Tertinggi Pelajar ASPer. Gimik pelancaran diikuti oleh sesi penyampaian hadiah dan sesi persembahan nyanyian lagu yang bertemakan menghargai para guru. Majlis sambutan diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pengajar, staf dan para pelajar yang hadir di majlis sambutan tersebut.

 

 

6.0           CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

 

 

BIL

ISU

CADANGAN PENAMBAIKAN

1.0

Kurang penglibatan penasihat-penasihat program dari peringkat pencetusan idea

Melibatkan penasihat-penasihat program secara aktif dari peringkat pencetusan idea

2.0

Tidak mendapat sambutan yang meriah dari para pelajar

Mengukuhkan hubungan antara HICOM dan warga ASPutra

3.0

Pengajar berpendapat bahawa mereka tidak diberi keutamaan dan penghargaan yang mencukupi

Mengenal pasti objektif dan golongan utama yang perlu diberi keutamaan dalam sesuatu program

4.0

Pengajar tidak mempunyai tempat yang cukup untuk duduk di Dataran Asasi 1

Menyediakan kerusi tambahan yang mencukupi untuk jumlah para pelajar di ASPutra

5.0

Hadiah set epal tidak diedarkan kepada para staf pada hari yang sama

Pengedaran epal patut dijadualkan agar semua warga ASPutra mendapat epal pada hari sambutan

6.0

Para Usher dan penyanyi tidak dapat menggambarkan flow majlis dan oleh itu majlis tidak berjalan dengan lancar

Perlu adakan raptai majlis agar setiap ahli jawatankuasa yang terlibat lebih

jelas tentang perjalanan majlis dan protokol pentas dan lantai

7.0

Barang yang tidak mencukupi untuk dekorasi

Membuat pelan dekorasi dan mendapatkan gambaran lokasi sebaiknya sebelum hari kejadian

8.0

Terlebih beli bungkusan kotak hadiah epal

Membuat perancangan pembelian barang yang nyata, serta tidak salah menjangka kos

9.0

Tidak merekodkan jumlah epal yang dijual dan dibeli dengan tepat

Menyediakan sistem bagi merekodkan hasil jualan secara tepat secara fizikal ataupun atas talian seperti Microsoft Excel

 

 

7.0       KESIMPULAN

Kesimpulannya, program yang telah dijalankan telah berjaya mencapai objektif yang diingini dengan cemerlang, iaitu untuk menghargai jasa para pengajar dan staf di ASPutra. Para pelajar turut menunjukkan keikhlasan dan sepenuh komitmen mereka dalam menjayakan program ini, mencerminkan semangat kesukarelawan dan rasa terima kasih yang mendalam terhadap peranan penting para pendidik dan kakitangan institusi. Prestasi luar biasa pelajar dalam menyertai dan melibatkan diri dalam program ini tidak hanya mencerminkan keberhasilan program itu sendiri, tetapi juga menonjolkan semangat kesatuan dan kekukuhannya di kalangan komuniti pelajar ASPutra. Keikhlasan dan komitmen ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pengajar, tetapi turut memberi impak positif dalam pembangunan personaliti dan pembentukan nilai-nilai keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar. Selain itu, melalui analisis laporan kewangan, dapat di buktikan bahawa program ini bukan hanya sekadar memberi penghargaan emosi, tetapi juga memberi pulangan yang positif dari segi kewangan. Kejayaan ini memberi keyakinan kepada pihak pengurusan untuk terus menyokong dan menganjurkan aktiviti pelajar yang seumpama, yang bukan hanya dapat meningkatkan semangat kebersamaan di kalangan pelajar, tetapi juga dapat memberi sumbangan kepada perkembangan keseluruhan institusi. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa program penghargaan ini telah menjadi contoh kejayaan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Keberhasilan ini memberi sinar harapan dan inspirasi kepada semua pihak terlibat untuk terus membangunkan dan menyokong inisiatif yang serupa di masa hadapan. Program ini telah membuktikan bahawa apabila keikhlasan, komitmen, dan sokongan kewangan bersatu padu, ia mampu mencapai kejayaan yang luar biasa dalam menghargai dan memotivasi komuniti pendidikan di ASPutra.

 

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat

Dr. Muhammad Alif bin Mohammad Latif Timbalan Pengarah II (HEP & JINM)

Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia

 

Pemantau Program

Puan Munirah Kamal

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia

 

Pemantau Program

Cik Ermelia Rohayu Ramlan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia

 

Pengarah Program

Ilham bin Roshidi

Timbalan Pengarah

Mohamad Ridzwan bin Shahul Hameed

Setiausaha I

Syaza Marinah binti Mohamed Ghouse

Setiausaha II

Humaira binti Aidil Shah

Bendahari I

Soo Jin Hong

Bendahari II

Muhammad Irfan Danish bin Mohd Shamsuri

 

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM APPLE’S DAY 2024

 

 

GAMBARAN LAPORAN PROGRAM APPLE’S DAY 2024

 

 

Rajah 1: Sekitar 12 p.m. ahli jawatankuasa melakukan persiapan untuk program Apple’s Day

 

Rajah 1.1 : Pada 1 p.m. pelajar bersama pensyarah hadir

 

Rajah 1.2 : Emcee memulakan program dengan aktiviti “Guess the Teacher”

 

 

Rajah 1.3 : Gerai jualan crochet Apple’s Day dibuka

 

Rajah 1.4 : Ketibaan pengarah dan pihak tertinggi pengurusan ASPutra

 

Rajah 1.5 : Ucapan dari president ASPutra 19 Ilham bin Roshidi

 

 

Rajah 1.6 : Ucapan dari Pengarah ASPutra Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah

 

Rajah 2 : Perasmian Peogram Apple’s Day dari pengarah ASPutra Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah

 

Rajah 2.2 : Sesi bergambar bersama pihak tertinggi pengurusan ASPutra dan semua pelajar dan pensyarah yang hadir

 

Updated:: 27/03/2024 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXFSAAt~