PROGRAM INFAQ RAMADHAN DAN FREE IFTAR RAMADHAN ASPER 16 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » Student » PROGRAM INFAQ RAMADHAN DAN FREE IFTAR RAMADHAN ASPER 16

PROGRAM INFAQ RAMADHAN DAN FREE IFTAR RAMADHAN ASPER 16

LAPORAN PROGRAM INFAQ RAMADHAN DAN FREE IFTAR RAMADHAN ASPER 16 6 Mei 2021, Ahli Majlis Tertinggi Asasi Sains Pertanian UPM (ASPER 16) telah menganjurkan Program Infaq Ramadhan dan ‘FREE IFTAR’ Ramadhan pada bulan yang mulia ini. Program ini diketuai oleh saudara Muhammad Farhan Bin Abdul Rahman yang merupakan Setiausaha Agung HICOM ASPer 16. Objektif program ini adalah untuk memupuk amalan bersedekah di kalangan pelajar khususnya pelajar ASPer 16 dan orang awam. Selain itu, program ini juga menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma kepada seluruh pelajar Asper. Sebanyak 200 bungkus Nasi Ayam diedarkan pada hari Selasa (4 Mei 2021), 200 bungkus Nasi Kukus Ayam Berempah pada hari Rabu (5 Mei 2021) dan 200 bungkus Nasi Hujan Panas pada hari Khamis (6 Mei 2021). Tempat edaran dilakukan di Putra Food court

      

Updated:: 30/06/2021 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXFVHAK~